Searching...
Monday 19 October 2015
00:46 0

AKHIRNYA misteri kehilangan Fezrul Khan sejak 2 bulan lalu dari industri hiburan Malaysia kini terjawab, tak sangka inilah yang terjadi kepadanya


Setelah bercerai dengan isterinya, Noorhafizah Zulkafli, pelakon Fezrul Khan menyatakan bahawa dia melalui sedikit fasa kemurungan dan sehingga kini dia masih lagi merahsiakan punca penceraian daripada pihak media.

“Kehidupan saya selepas bercerai okey sahaja. Bagaimanapun saya tidak boleh duduk bersendirian kerana akan selalu memikirkan perkara tersebut. Mujur ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang sentiasa memberi semangat”

“Selain itu saya banyak bersenam sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan dan kemurungan. Saya tidak rasa serik untuk bercinta semula. Semuanya terserah kepada Yang Maha Esa. Bukan semua yang kita mahu akan tercapai”

“Jadi saya tidak berani bercakap soal jodoh,” jelas Fezrul kepada Mangga Online. Selain itu, pelakon ini juga kini sedang sibuk dengan kerjayanya. Semoga Fezrul dapat melepasi fasa murung dan dapat terus fokus dalam kehidupan.


0 comments:

Post a Comment